|
E-mail Berkenaan Labah-labah "Telamonia dimidiata" adalah HOAX
Saya mendapat e-mail di bawah dari seorang ahli Saujanaku YahooGroups. Setelah membuat sedikit research di
internet, didapati email tersebut termasuk dalam golongan HOAX. Pada asalnya, e-mail ini ditulis dalam bahasa Inggeris cuma nama tempat-tempat di e-mail tersebut telah diubah supaya nampak ke-Malaysia-annya. E-mail asal
telah ditulis pada tahun 1999.
Oleh itu, diharap kepada semua supaya tidak menyebarkan HOAX ini kepada orang ramai kerana maklumat yang ingin disampaikan adalah PALSU.
Untuk keterangan lanjut, boleh surf di website berikut:
http://www.snopes.com/horrors/insects/buttspdr.htm
http://www.straightdope.com/mailbag/mspidertoilet.html
http://www.truthminers.com/truth/spiders.htm
MESEJ ASAL
Subject: FW: angkat tempat duduk tandas
ni sedikit info untuk kawan˛ semua... ada member yg forward
3 pompuan di KL maut setelah dimasukan
ke Hospital dlm tempuh 5 hari dengan tanda2 yg sama - demam, kesujukan & muntah2 diikuti dengan kekejangan otot, lumpuh dan seterusnya kematian. Tidak ada tanda2 trauma. Otopsi menampakan toksid dlm darah mereka.
Pompuan ini tidak mengenali antara 1 sama lain & tak pula ada persamaan. Telah didapati yg depa semua mengunjungi restoran yg sama di Jln Kuchai Lama beberapa hari sebelum kematian. Jabatan Kesihatan telah menutup &
menyiasa premis tersebut. Makanan, air dan penghawa dingin telah diperiksa dan diuji tetapi tak ada apa kesan. Mujurlah seorang dari pelayan restoran telah dikejarkan ke hospital dengan tanda2 yg sama. Dia bagitau doktor yg
dia baru balik bercuti dan pergi ke restoran hanya untuk mengambil cek gajinya. Dia tak makan atau minum apa2 sewaktu di restoran tetapi telah mengunakan tandas restoran tersebut.
Ketika itu pakar toksin telah
diberitahu dan terus mengunjungi restoran ini - dia terus ke bilik air dan mengangkat tempat duduk tandas. Sedikit terselindung adalah seekor labah2. Binatang itu ditangkap dan dibawa ke makmal dan telah dikenal pasti
sebagai labah2 'Telamnia 2 Jalur' (Telamonia dimidiata), ia mempunyai badan yang merah dan mengeluarkan bisa yang paling toksik. Ianya hidup di tempat yang lembab dan gelap dan keliling tandas dan bekas air amat sesuai
baginya.
Selang beberapa hari seorang peguam dari JB pula dimasukan ke hospital dengan tanda2 yg serupa. Sebelum kematiannya dia sempat memberitahu doktor yg dia baru kembali dari luar negara atas urusan perniagaan.
Dia kembali dari Indonesia, menukar penerbangan di Singapura sebelum pulang ke JB. Dia tak langsung melewati restoran yg dikenal-pasti tetapi mempunyai lubang sengatan di bahagian ponggong - yg serupa dgn mangsa2 yg
terdahulu
Penyeisatan rapi menunjukan yg penerbangan asal sebelum berlepas dari Indonesia datangnya dari India. Lembaga Aeronotik Awam mengarahkan penyiasatan menyeluruh terhadap semua penerbangan yg berlepas dari
india dan telah menghasilkan keputusan bahawa labah2 'Telamonia 2 Jalur' (Telamonia dimidiata) telah membuat sarang di 4 kapal terbang berasingan!!!.
Sekarang dipercayai, labah2 tersebut berada di merata cerok
negara kita... jadi apabila ke tandas - angkat tempat duduknya... dan periksa dulu... ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa kita... khabarkan kepada rakan, taulan dan keluarga
|