banner207

 

 

Home >> Jernal >> Isu Semasa >>

Perlukah Kita(Pelajar Universiti) Membalas Budi Peminjam Kita (Kerajaan)

Hari ini 24/5/2003 saya dilemparkan persoalan oleh rakan saya seorang pro kerajaan adakah perlu membalas budi, jasa baik kerajaan yang telah memberi kita pinjaman/biasiswa untuk menanggung kos pembelajaran ijazah kita, tapi walhal perkara lain pula yang berlaku... saya la tu, bukan saya seorang malah lebih 80% pelajar universiti lebih condong untuk pro kepada pembangkang. Jadi adakah saya adalah seorang yang tidak reti bahasa, tidak tahu membalas budi. Adakah duit kerajaan(JPA) yang saya gunakan itu duit UMNO, duit MCA, duit MCI, atau duit milik individu tertentu dalam kerajaan duit bapak si anu-anu. Tentunya tidak kan, duit kerajaan, kerajaan sekarang yang dibarisi 2/3 dewan parlimen yang terdiri daripada Barisan Nasional, duit rakyat, duit rakyat yang membayar cukai, termasuk la saya :)

Jadi katanya lagi saya ni kalau gitu dah tahu kita yang tak sokong kerajaan jadi tak payah la kita mohon pembiayaan ini. Pakai duit sendiri gitu. Jadi kalau gitu saya yang pro pembangkang ni tak payah la bayar cukai, buat apa saya nak bayar cukai nak kayakan kerajaan, entah mana-mana digunakan duit kita itu, telus ke tidak kita tak tahu, yang saya tahu banyak dihabiskan kepada kroni-kroni. jadi macamana selesai, semua orang yang pro pembangkang tak payah bayar cukai, pasal apa nak bayar bukan dia orang nak kasi kat kita yang berhak terima pun.

Kesimpulannya tak payah la dibangkitkan isu pelajar U kita tak mengenal budi, kera diberi susu, tahi yang diberi oleh kita atau apa2 lagi pepatah melayu pun. Kerajaan sepatutnya bersikap lebih adil dan telus, jangan bertindak zalim, uruskanlah amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita dengan baik, kelak kita akan diadili oleh NYA. Kerajaan pembangkang di Terengganu tidak pun bersikap begitu, ayah saudara saya yang ramai pro BN dapat tanah yang diberikan oleh PAS. Tak ada diskriminasi pun. Kerajaan mana lebih adil, sendiri mau ingat lar.

Itulah masalahnya org kerajaan buat kerja, amanah yang diberikan oleh rakyat dia tak ikhlas, dia nak org balas. Aku bagi ko pinjaman utk ko belajo, nanti ko kena sokong aku. Tak ikhlas kan. Kalau orang ikhlas buat kerja kerana Allah, insyallah segala amalan kita akan diberkati Allah. Saya tujukan nasihat ini kepada saya sendiri, ikhlaskan diri dalam melakukan pekerjaan atau amanah yang diberikan oleh kita. Jangan nak makan gaji buta jer.

Boikot Barangan Amerika dan Israel

Sejak tercetusnya perang, kita pernah ternampak mengenai "BOIKOT BARANGAN USA." Mungkin ada yang berfikiran, apalah sangat kesan yang akan dirasai USA jika orang Malaysia memboikot barangan mereka (seperti yang disebut oleh seorang PEMIKIR IKIM dalam Mingguan Malaysia yang menyimpulkan bahawa US takkan terasa kesan hasil pemboikotan barangannya oleh orang Malaysia, dalam erti kata lain tak ada ertinya kita melakukan sedemikian.)

Itu tidak penting. Di akhirat kelak, Allah tidak bertanya apakah pemboikotan kita berjaya menjejaskan USA. Tetapi yang ditanya Allah kelak adalah, 'Apakah yang kamu lakukan untuk agama kamu ?'

Seperti sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, 'buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, 'Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak'. Lihatlah, burung sekecil ini pun mengerti akan soal ini.

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak, yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

Marilah kita bersama-sama memboikot barangan Amerika dan Israel, sebagai membantah kezaliman dan kekejaman mereka terhadap orang islam. Sila lawati...

KFC Halalkah ?

Saya selalu jugak menerima email yang meragui kehalalan ayam KFC. Ikuti komen yang di sampai sendiri oleh pegawai agama KFC holding. Berita selanjutnya...

Dilema Penyakit SARS - 5/4/2003

Semenjak isu pencerobohan tentera bersekutu keatas Iraq, dunia juga dikejutkan dengan isu penyakit berjangkit SARS, Severe Acute Respiratory Syndrome yang amat merisaukan. Penyakit ini masih belum ditemui ubatnya. Sehingga ada kilang2 di Penang ini mengenakan prosedure khas untuk membasmi penyakit ini daripda merebak. Saban hari saya pasti akan menerima email berkenaan hal ini. Website yang meyalurkan berita terkini tentang penyakit ini boleh diperolehi melalui http://dph.gov.my/sars. Ada netters yang mencadangkan agar kita membaca doa atau ayat dari surah yaasin iaitu 'SALAAMUN QAULAN MIRRABBIR RAHIM' sebanyak 28 kali untuk menghidari penyakit ini. Mungkin ini adalah antara pentanda2 hari kiamat semakin hampir. Menurut hadis nabi diantara tanda2 hari kiamat timbulnya penyakit berjangkit yg tiada ubatnya.

Jelutong Ekspress Way dibuka 5/4/2003

2.00 petang saya mencuba lalu ini, huh 3 line yang cantik, kira2 5 kilometer menghubungkan Jelutong dengan Bukit Gambir. Cepat sampai rumah 10 minit jer. Kalu dok 30 minit baru sampai. Alhamdullilah, satu lagi projek duit rakyat.
 

[Home] [Album] [Nasihat] [Guestbook] [Jernal] [Bizness] [Pautan]
 

“Sesiapa yang ingin meniru atau copy apa2 bahan dari website saya amatlah dialukan, tak perlu minta izin daripada saya semoga kita sama2 mendapat manfaat.” - Fauzynm