Jernal Mengandung
11/2/2005
Baru dibenarkan kelaur dari wad kerana Fahmi mengidap sakit kuning
7/2/2005
Pada pukul 5.10 petang, Luqman Fahmi selamat di lahirkan dengan mengunakan vakum kerana terlalu lama menunggu proses meneram. Berat Fahmi 3kg lebih.
6/2/2005
Rina berasa sakit perut apabila bangun dari tidur... Terus naik kereta pergi ke Hospital Universiti Malaya. Pergi ke unit Kecemasan. Unit kecemasan hantar ke wad bersalin. Rina di masukkan ke dalam wad menunggu. 3 pagi Rina
di masukkan ke wad bersalin.
5/2/2005
Memandangkan cuti tahun baru cina yang akan lama pada hari Selasa dan Rabu kami bercadang untuk mengambil MC pada Isnin 7/2/2005. Kami bercadang untuk balik ke Kelana Jaya. Bertolak pagi dari Penang mengunakan kereta.
Petang sampai di Kelana Jaya.
23/11/2004
Dah 26 minggu umur bayi kami. Kami ingin menamakan anak kami kalau perempuan Nurul Athirah bermaksud cahaya kemuliaan. Kalau anak lelaki tak tahu lagi. Kami suka nama Nurul. Mak yang berikan nama Athirah. Sekarang dia asyik
dok tendang perut mak dia.
11/9/2004
Pergi buat rutin check up kat Penawar Klinik, Gelugor. Alhamdullilah doktor kata bayi sihat waafiat. Dah 16 minggu usia dia. Ukuran diameter kepala 38mm. Dah boleh nampak tangan, kaki semua tapi jantina belum tahu lagi.
31/8/2004
Happy our wedding aniversery. Kelmarin 30/8 ambil cuti halfday. Terus ke Tanjung Bungah,cadangan asal mahu check in Hotel Crown Jewel, tapi tak jadi sebab ada piket kat depan hotel mereka oleh
pekerja-perja kerana membantah tindakan pihak pengurusan yang berlaku tidak adil kepada mereka.
Kami check in Hotel Copthorne yang berhampiran. Ambil bilik Deluxe tingkat atas sekali RM185 semalam. Bilik okay luas dan pemandangan dari sana sangat menarik. Tapi yang tak best nya air pancut
slow, tab mandian berkarat, air-cond tidak boleh ubah ada tiga option je slow, medium or high. Kolam mandi bersih. Paper supliment untuk paginya bagi The Sun, punya la kedekut. Breakfast pagi biasa jer. Gym banyak barang
yang sudah lama dan sudah berkarat. Overall hotel ini 2 star sahaja saya bagi dan ia tidak worth dengan harga bilik. Lain kali tak mai dah.
Dinner best makan kat bilik hotel tapi beli kat restoran. Makan lamb cop dan kentang goreng.
20/8/2004
Rina balik kampung. Masih muntah-muntah lagi, kadang2 agak serius. Mengidam makan buah mangga putik. Pergi buat pemeriksaan di klinik kerajaan, ok sihat alhamdullilah.
3/8/2004
Pergi check sekali lagi kat Klinik Penawar Gelugur. Alhamdullilah menurut doktor fetus dalam keadaan sihat. Dah ada nampak kaki. Ukuran dia dah 36mm. Sekarang umur dia dah 10 minggu. Doktor bagi ubat tahan muntah,
bivitamin/asid folik dan susu tepung.
2/8 - 8/7/2004
Rina selalu kembung dan muntah-muntah. Amat sensitif pada bau. Setakat ni mengidam makan pizza, ikan siakap kukus, sup Yong Tau Fu T’ng, nasi goreng Bakti, bubur ayam, teh o ais limau, pisang goreng, satay kajang.
6-8/7/2004
Rina pergi ke Langkawi untuk kursus cikgu darjah enam. Baik2 ye mama, abah doakan mama sihat2 selalu dan selamat pergi dan balik.
4/7/2004
Hari ni Rina mengidam makan spagetti pizza hut. Loya2 bila duduk dekat rumah. Berat badan sekarang 63.8kg.
3/7/2004
Kami telah pergi buat urine test dekat Klinik Penawar, Gelugor. Alhamdullilah jangkaan kami yang Rina hamil adalah betul. Rina hamil selama 6 minggu. Di bawah adalah gambar baby kami. Dia dah sebesar 17mm. dan jangkaan due
date dia adalah pada 26/2/2005.
30/6/2004
Hari ni kalau betul dah masuk hari ke 32 baby tu, kami ingin menamakan Adriana
maksud dia nisbah kalau perempuan. Nama tu macam gabungan antara nama kami Adi dan Rina. Adriana Binti Fauzy Nurjayady panjang gak nama dia, nama abah entah apa2. Kalau lelaki nak bagi nama apa yek, Fadzlan
okay dak ? Maksud dia keutamaan.
29/6/2004
Rina buat test guna alat pregnent test - positif mengandung. Betul ke confirm hamil, harap betul. Hari ni Rina mengidam makan buah jambu dan burger daging. Belikan susu kotak dutchlady untuk everyday supplement.
26/6/2004
Rina sakit tekak, demam2, deria bau sensitif, mengidam makan nasi kerabu, loya2 nak muntah, kerap kencing dan selalu telinga berdengung. Kami suspect Rina sudah hamil sebab period sudah lambat seminggu. Petang ni akan ke
Bukit Jambul komplek beli pregnent test.
|