|
:: 09092003 - 13092003 ::
Berbulan madu di Pulau Langkawi. Tinggal di Aseania Resort. 4 hari 3 malam di sana sempat beli-belah di Pekan Kuah, pergi ke Langkawi Underwater, ke Padang Matsirat melihat beras
terbakar, round island. Antara pengalaman manis tak dapat lupa muntah saya 2 kali, Rina 6 kali, mabuk laut semasa menaiki feri ke Langkawi sebab ombak kuat.
:: 06092003 ::
Kenduri di Beserah. Lebih 400 orang menghadiri kenduri ini, walaupun terdapat lebih 6 rumah yang mengadakan kenduri hari tersebut. Kami mengadakan gotong royong memasak kenduri. Nasi minyak lauk
ayam masak merah, daging gulai, daging goreng dan acar. Klik disini utk lihat gambar kahwin.
:: 01092003 ::
Kemas rumah. petang hantar Rina ke Jasin. Check in Hotel Strait Meridian Melaka. 6.30 pagi hantar Rina ke Jasin. balik naik bas ke Hotel semula. Check out. 6.00 petang ambil bas ke KL. Stay di
Gombak untuk ke interview di IT Shell pada esok hari.
:: 31082003 ::
Hari di tunggu dah tiba. 5.00 pagi dah siap mandi, solat subuh dan solat hajat.
9.00 pagi bertolak ke rumah pengantin. 11.00 pagi majlis akad nikah bermula. Ayah Rina, Hj Hassan Bin Nayan sendiri yang menikahi saya :) Saya dapat
menjawab lafaz nikah dengan sekali lafaz dengan jelas dan kuat. Alhamdullilah. Tak sangka lak, boleh cakap kuat macam tu, biasa suara tak keluar2 sebab selalu cakap perlahan. Tok Kadi tersenyum sebab nampak semangat sangat
nak kahwin.
Sesi bergambar, bersalam, sarung cincin. membatal air sembahyang. 12.30 balik ke banglow semula, tukar baju.
1.30 tgh bertolak semula ke rumah pengantin perempuan. Sesi bergambar di atas pelamin. Majlis makan hidang. Antara
kawan2 yang sempat hadir Atuk, Suhaimi, Pejal, Tappa, Pok Wer, Rahmat, Rosmayati, Shahana, Ismaraini, Che Ngah, Cik Ma, Mejad dengan Wife (pregnant), Ramzi, wife dan anak.
9.00 malam acara buka hadiah. Banyak gak hadiah dapat. Terima Kasih.
Klik di sini untuk melihat gambar
:: 30082003 ::
Bertolak dari Penang dengan 2 buah kereta Heri dan kereta Faris, Zahid pun join skali. Singgah di Tanjung Malim
untuk Lunch. Faris belanja. Lebuh raya utara-selatan dekat Seremban jam, Faris tersalah masuk line terlajak ke Linggi.
Sampai di penginapan banglow di Panchor Jaya pada jam 5.00 petang. Pergi check in Seri Malaysia utk Chah, dan ambil brg hantaran. Keluarga dari Beserah sampai pada jam 5.30 petang. Makan malam di R&K di Senawang. Malam
tak boleh tidur memikirkan apa soalan yang hendak ditanya oleh Tok Kadi.
:: Kad Jemputan Kahwin ::

:: 03082003 ::
Masih berada di Seremban. Pergi hantar barangan hantaran ke kedai yang buat decoration kat Central Point Seremban. Kita orang buat skali, 7 hantaran utk Rina dan 9 hantaran utk saya. Untuk Rina warna pink dan untuk saya warna gold.
Tolong Rina pindah barang ke Jasin dan hantar kad ke uncle di Pantai Kundur. Balik dari Melaka ke Butterworth, nasib baik sempat ke opis.
:: 02082003 ::
Pagi dok sangka jumpa Pok Wer dan Rahmat kat Seremban. Jauh nya dia orang breakfast. Ke KL. Shopping barang2 hantaran seperti minyak2 wangi, baju, gelang dan kain baju melayu. Letih gak sehari suntuk jalan kaki di Megamall,
jalan TAR, dan SOGO.
:: 06072003 ::
Hari ni pergi tempah baju melayu di Bagan Lebai Tahir di Butterworth. Murah jer upah jahit sepasang baju melayu RM46 jer.
:: 05072003 ::
Rina mari ke Penang. Pergi tempah satu bentuk cincin silver dengan batu sapphire original dekat Komtar untuk dihadiahkan kepada saya. Kita orang tidak memilih suasa kerana ramai ulamak yang berpendapat haram memakai
suasa kerana ia mengandungi emas walaupun jumlah yg sedikit. Dan emas ini boleh dipisahkan melalui proses kimia.
:: 28062003 ::
Saya balik ke kampung Beserah, isi borang permohonan kahwin di Pejabat Agama Daerah Kuantan, balik semula ke Beserah ambil tandatangan ketua kampung, dan wali hakim di kampung Batu Hitam, lepas itu pergi semula ke Kuantan
, hantar borang, nasib baik sempat. Dijangka siap pada awal bulan 8 nanti.
:: 24062003 ::
Kad siap di print oleh K. S. K Printing, nasib baik semua nampak elok
jer, walaupun colour gold dia tak berapa terang. Sekarang nak print yang bahagian dalam lak. Pertengahan bulan Julai boleh siap la kot. Lepas tu boleh la di hantar kepada kawan, sahabat handai, saudara
-mara yang sudi datang. Sapa nak kad hantar la email ke saya
:: 14062003 ::
Pergi ke Seremban utk hadiri kursus kahwin buat kali ke dua, di Darul
Dedikasi Sd Bhd. Yuran RM80 jer. Selama 2 hari termasuk makan dan minum. Banyak dapat ilmu dah manfaat. Terima kasih Ust Hisham, Ust Kapten Effendi, Ust Abd Halim dan ramai lagi.
:: 02062003 ::
Disebabkan rasa tak puas hati, hari ni ambil emergency leave, utk ke Pdg Besar lagi sekali. Sewa kereta kancil yg tak der kaset radio. Sampai di Padang Besar agak awal sebab dah tahu jalan. Beli barang yang
selebihnya spt potpuri, bekas telur, seluar slack, kasut bola, kasut Rina dan buah mempelam. Puas hati. Sampai Penang agak lewat dalam kul 8.00 gitu. Terus hantar kereta sebab sewa separuh hari jer... murah jer
RM40. Alhamdullilah
:: 01062003 ::
Pergi ke Alor Setar dengan bas ekspress. Cadangnya nak keluarkan duit kat Bank Islam di Alor Setar sebab ingatkan
bank buka kat sana. Sampai sana, bank tutup, kesian betul tak boleh buat apa beli setakat balance duit yg ada ler, beli songkok dan kain telekung jer.
:: 31052003 ::
Sewa kereta kancil pergi ke Padang Besar. Sampai di sana dalam tengahari gitu. Beli potpuri dan kad wangi. Balik ke Penang awal sebab tak cukup duit nak shopping, :( hahahahah kelako.
:: 25052003 ::
Ya Allah Ya Tuham Kami, Kami memohon restuMu, berkatilah majlis kami akan datang dan semoga majlis perkahwinan kami ini berjalan sempurna seperti mana yang Engkau kehendaki dan semoga jodoh perkahwinan ini
berkekalan dan dimurahkan rezeki dan semoga kami dapat menjalankan kehidupan baru ini dengan keimanan dan ketakwaan hingga akhir hayat.
:: 29042003 ::
Kami telah memilih tarikh 31082003 sebagai tarikh yang bersejarah untuk kami disatukan, insyallah. Semoga persediaan kami untuk menempuh hari bahagia yg dinantikan itu akan berlangsung dengan jayanya. Dan juga kalau
ada netters yang sudi memberi pandangan atau komen kpd kami amatlah saya alukan.
Hari ini kami telah pergi survey ke Semua House, Jln TAR, KL. tengok harga kad. Kad berwarna merah hati. Lawa dok,
kira boleh la. Emm bila nak beli huh, bulan 8 sesuai dok ? Tengok brg hantaran di sebuah kedai cina, saya dah decide untuk bunga rampai beli bekas yg berbentuk kubah sebanyak 6, dan kubah bulan dan bintang di tengahnya.
:: Julai 1998 - Dimana Segalanya Bermula ::
Saya nak bercerita la sedikit macamana kami berkenalan, nanti ramai yg bertanya hal ini. Kami berkenalan secara tak
sengaja di laman chatting dalam intranet USM. Masa tu Rina di Biro Kombit dan saya di Lab School Computer Science. Saya tegur dia tentang kena ambil kertas slip peperiksaan kat DTSP. Masa tu saya menyamar sebagai Eric org
Selangor. Kami mula2 berjumpa di cyber cafe di Sungai Dua, nama dia Cyber Hut.
|