banner207

 

 

Home >> Jernal >> War In Iraq >> Apa Sebenar Terjadi >>

Apa sebenarnya di Iraq ?

COMES MAlaysia telah mengadakan temuramah dengan salah seorang rakyat Iraq dari Basra yang kini menetap di PJ, Selangor, berikut adalah hasil daripada temuramah tersebut : Iraq's update

1) Mengapakah orang2 Baghdad bersuka ria dan meraikan kedatangan tentera bersekutu serta menyamun ?

jawapan :

i- Adakah benar mereka ini org2 Baghdad, menurut rakan ana, mrk2 ini merupakan pengikut2 Baqir Hakim, ulama syiah yang bertanggungjawab menyerang tentera2 Iraq dan juga pejuang2 Iraq dari belakang sewaktu mrk sibuk berperang dgn tentera2 bersekutu. Resisstance rakyat Iraq dan tentera2nya telah dapat melihatkan kpd kita bagaimana utuhnya mereka mempertahankan Umm Qasr, Nasiriyyah, Najaf, Karbala dan malah al-Faw Bandar pelabuhan yg didiami hanya oleh ratusan manusia shj. Sayangnya bila Baqir Hakim berserta org2nya masuk semula ke Iraq setelah dahulunya mrk hidup dalam buangan di Iran (bil mereka mencapai ratusan ribu) dan juga maker yg dilancarkan oleh tentera Badarnya, rakyat Iraq akhirnya ditikam dari belakang dan tentera bersekutu masuk dengan mudahnya.

ii- Siapakah mereka ?

Mereka adalah gol syiah dari Selatan Iraq yg ditindas sejak sekian lama di bawah rejim Saddam seperti kaum Kurdish. Sebuah perkampungan mereka pernah dimusnahkan oleh Saddam. Bagi yang lari meninggalkan kampong halaman harta benda mrk dirampas Saddam dan dijadikan milik negara. Mereka berhijrah beramai2 ke Iran. Sebab itulah lewat peperangan Iran-Iraq mereka telah menyerah diri kpd Iran dan menetap di sana, dan malah ada di antara mrk yg telah mengkhianati tentera2 Iraq pd masa tersebut.

Mengapa mereka suka dan berpesta .semua telah terjawab.

Mengapa pula mereka menyamun ?, jawapannya mudah, mereka mengatakan harta benda di Baghdad adalah harta benda mereka yang telah dirampas dulunya oleh Saddam. Jadi inilah masa utk mengambil semula harta benda mereka.

Sejauhmana kebenaran dakwaan ini ?

1- Kirakan berapa ramai gambar org yang berpesta meraikan kejatuhan patung2 Saddam di Baghdad ?, tak ramai , sedangkan rakyat Iraq ramai. Kemana perginya mereka ? di Umm Qasr pertempuran masih berlaku, di Tikrit, di Najaf dan di sesetangah2 tempat yg lain.

2- Mengapa hanya di Baghdad dan Kirkuk sahaja yg berlaku samun menyamun, mengapa tidak di bandar2 lain, malah di tempat2 lain, rakyat hidup seperti biasa. Ini kerana di Kirkuk majority rakyatnya adalah Kurdish yg pernah menerima nasib spt syiah, jadi mrk mengambil semula apa yg kununnya menjadi milik mrk.

2) Ke manakah Saddam dan tentera2nya ?

Menurut rakan ana yg berbangsa Iraq, beliau telah ditahan oleh tentera2 AS sejak kejatuhan Baghdad. Itulah sebabnya al-Douri mantan wakil Iraq ke PBB, bila ditanya kenapa dia letak jawatan, katanya : "The Game is over!"/ Bila ditanya tentang Saddam, dia kata : "You ask the Americans, they know it"...

Tetapi mengapa mrk tak isytiharkan kemenangan dan menangkap Saddam dan masukkan dlm media ? Jika mrk melakukan demikian, hayat tentera AS di Iraq akan menjadi lebih pendek dan mereka akan segera meninggalkan Iraq, tetapi jika mereka mendiamkannya mereka akan punya alasan utk tinggal lebih lama dan mengatakan mereka masih lagi memburu Saddam sepertimana mrk membiarkan Osama dan Mullah Umar di Afghanistan menyembunyikan diri agar mrk dapat stay lama di Afghan.

Apakah helah mrk ?, makin lama mrk kat sana makin banyak agenda mrk yg boleh dilaksanakan dan ianya alas an utk mencampuri urusan dalaman Iraq, dan mrk akan minta payback utk khidmat mrk yg panjang.

3) Bagaimanakah moral rakyat Iraq sekarang ini ?

Melalui media dan juga apa yg berlaku, AS dan syaitan2nya inginkan agar dunia tidak lagi menyokong Iraq, mereka barbarian, jahat, uncivilized, jadi what we've doing are justified ! they need lessons, and only the USA know how to deal with them!

Dunia yg telah menyaksikan footage2 yg sikit tu pun akan berkata : betui kata depa no... hatta di kalangan org islam sendiri. Malah dah mula ada org2 islam yg mengatakan : "Padan muka depa!"... betapa berjayanya marketing mrk melalui media.

Namun bagi rakyat Iraq, kata rakan ana, "Kami punya tanah air, kami punya negara dan kami punya maruah... Saddam bukannya Iraq, dan Iraq bukannya Saddam, dan kami akan teruskan perjuangan... dan AS akan menyesali permainannya ini,,, Insya Allah"

Hasil temuramah dengan Maad Mohammad , seorang pensyarah Bahasa Arab di pusat Martik UIA pada 13/4/2003 di PJ. Maszlee Malik melaporkan utk COMES (Malaysia).

[Home] [Album] [Nasihat] [Guestbook] [Jernal] [Bizness] [Pautan]
 

“Sesiapa yang ingin meniru atau copy apa2 bahan dari website saya amatlah dialukan, tak perlu minta izin daripada saya semoga kita sama2 mendapat manfaat.” - Fauzynm