banner2

 

 

Home >> Nasihat >> Nasihat142 >>

KFC Resepi Tulang Babi ?

Assalamualaikum

Ini satu lagi cerita/fitnah . Tidak ADA APA APA TULANG PUN YANG DICAMPUR DALAM SERBUK KFC. Saya pernah dibertahu tentang ada seorang pegawai dakwah dari JAIS yang bercakap mengenai hal erkenaan dan saya telah menghubunginya untuk pengesahan dan pegawai berkenaan yang namanya ust Alwi Parman telah menapi sekeras kerasnya yang beliau pernah berkata demikian. Sila rujuk dan tanya sendiri kepada pegawai tersebut tel; 55447000.

Rempah ratus kfc tidak mengandungi apa apa bahan daripada binatang, Semuanya dari bahan tumbuhan dan apabila sampai ke Malaysia iaitu di kilang KFC, barulah serbuk rempah berkenaan di gaul dengan bahan daripada telur, iaitu telur yang dikeringkan menjadi tepung. Cerita pasal tulang babi ini tidak berasas pun dan tidak pernah ada apa apa kajian yang telah di jalankan oleh JAIS terhadap serbuk KFC. Timbalan Mufti Selangor adalah salah seorang panel syariah kfc. Kalau ada ustaz lain dari JAIS berkata demikian, maka nayatalah ia berbohong. JAIS dan JAKIM sudah pasti tidak akan membenarkan restoran KFC beroperasi sebagai restoran makanan halal elama 30 tahun di Malaysia. malahan Jakin memberi logo halal pula, Jakim tu tak reti sangatkah? Insha Allah Kfc akan pamerkan logo Jakim ganti logo MPS sekarang ini.

kenapa tidak tanya ust abd Malik iaitu pegawai yang menjaga halal haram di Selangor ini. Kfc di Mekkah pun ada. Adakah orang di Mekkah pun makan tulang babi juga?. Harap en Fauzy boleh bagi nama ust yang gila ini kepada saya supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

Terima kasih. Wassalam

----- Original Message ----- From: "Azami Mustapha" <Azami@ayamasfood.com To: "Haji Mohd Haji Shafie" <mohd.shafie@kfcholdings.com.my Sent: Thursday, January 30, 2003 11:38 AM Subject: Fwd: Resepi KFC pakai tulang babi ?

ustaz, apa punya fitnah diorang dah buat nie...??!! tolong perjelaskan pada depa ni...

terima kasih

-----Original Message----- From: "Fauzy Nurjayady Bin Mohamad" To: <azami@ayamasfood.com Date: Wed, 29 Jan 2003 14:07:40 +0800 Subject: Resepi KFC pakai tulang babi ?

a'kum En Azami,

kawan sekerja aku bagi tahu dia dengar ceramah ugama di Klang. Tuan Haji ni(namanya aku terpaksa rahsiakan utk kebaikan dia). Tuan Hj. ni salah seorang AJK JAIS(Jab. Ugama Islam Negeri Selangor). menurut Tuan Hj. ni rempah ratus ayam goreng KFC adalah dimport dari USA(franchise). dan hasil kajian JAIS mendapati SERBUK TULANG BABI(KHINZIR)salah satu bahan rempah ratus untuk untuk menjadikan KFC enak dan rangup(hingga menjilat jari.. aku tambah sikit). harap dapat penjelasan. Sekian.

Regards, Fauzy Nurjayady Mohd

 

[Home] [Album] [Nasihat] [Guestbook] [Jernal] [Bizness] [Pautan]
 

“Sesiapa yang ingin meniru atau copy apa2 bahan dari website saya amatlah dialukan, tak perlu minta izin daripada saya semoga kita sama2 mendapat manfaat.” - Fauzynm