banner2

 

 

Home >> Nasihat >> Nasihat249 >>

Mari Mendalami Al-Quran

Assalamualaikum.. hari ni, tetiba je dlm kepala saya tercetus satu perkara yang saya rasa nak tulis ke sini. mungkin juga ia berpunca dari perasaan sedih terhadap pelbagai situasi yang melanda dunia amnya, umat Islam khususnya.

Semasa masih bergelar pelajar, saya selalu sibuk dengan pelbagai aktiviti. Walaupun sibuk, tapi Alhamdulillah masa tu terasa setiap ruang waktu diisi dengan pelbagai aktiviti yang tidak sia-sia mcm waktu bekerja skrg ni : makan, tido, carik duit, kejar dunia. Itu persepsi saya terhadap diri saya sendiri je, bukan orang lain.. harap2 takde yang marah bila saya kata "carik duit, kejar dunia". Antara benda yang saya paling suka masa kat belajar ialah usrah. Berbeza dengan forum, ceramah atau live-talk lain, usrah ni membolehkan saya turut "bersembang" dalam erti kata "sembang berisi".

Naqibah saya, iaitu ketua usrah saya seorang kakak yang cuma beberapa tahun lebih tua.. namun kematangan dan ilmunya terasa bagai mempunyai jarak usia yang begitu jauh. Saya amat bersyukur, mengenali beliau, kerana bila kita berkawan dengan orang yang berilmu, tempias ilmu mereka akan dapat kat kita.

Dalam banyak-banyak benda yang saya dapat masa berusrah dengan kakak tu ialah satu pesanan yang amat berkesan di jiwa saya sehingga hari ini, sehingga saya takkan lepas menasihatkan adik2 usrah saya pula selepasnya, iaitu : bacalah al-Qur'an setiap hari, sekalipun cuma 1 ayat sahaja, tapi bacalah bersama-sama dengan terjemahannya kerana kita tak faham bahasa al-Qur'an, sedangkan tujuan al-Qur'an itu dibaca utk kefahaman dan untuk dijadikan amalan..

Ya Allah.. menusuknya peringatan dan nasihat itu.

Bayangkanlah, al-Qur'an cuma mengandungi 6236 ayat (BUKAN 6666!) termasuk Basmalah di awal al-Fatihah. Susahkah utk membaca 1 ayat sehari? Suntuk sangatkah masa kita?

Saya yakin, insya Allah setiap dari pembaca ruangan ni dah lebih dari
10 tahun bernafas di muka bumi Allah. Saya membaca al-Qur'an tatkala berusia 6 tahun dan sekarang saya dah hampir 25, dah 19 tahun saya "boleh membaca al-Qur'an". 19x365=6935 (tak termasuk tahun lompat), dah lebih dari jumlah ayat al-Qur'an. Malangnya, kekadang bila berdiskusi dengan adik2 saya yang mendalami ilmu al-Qur'an sebagai al-Hafiz dan al-Hafizah, terasa kerdilnya aku!! Betapalah, 2 tahun yang lalu, ketika berusia 23, barulah saya tahu haiwan itu dicipta dari air (sebagaimana manusia dari tanah, malaikat dr cahaya dll).. saya tanya adik yang memberitahu "betul ke air?" jawapan dia, "Akak check la dalam Qur'an.."

Sejak hari tu, saya cuba mencari.. akhirnya saya bertemu, malangnya saya tak ingat ayat mana. Kalau ada sesiapa yang sangat-sangat berminat nak tahu, ada 2 alternatif : pertama, buka al-Qur'an dan cari sendiri, atau kedua, email je terus kat saya.. adinura @yahoo .com, nanti saya check semula, ni kat opis, tak bawak le pulak tafsirnya.

Berbalik kepada tujuan sebenar saya, iaitu tulisan ini dihantar ke ruangan ni sbnrnya rentetan dari perasaan sedih saya, terhadap isu umat manusia. Diskusi tentang halal haram barangan US, Yahudi, dll
(dlm kebykan group yg saya join).. kemudian isu yang terkini, kahwin tak kahwin, lambat atau cepat. Saya tak nak sentuh satu-per-satu, tapi nasihat saya kembalilah kepada al-Qur'an.

Baca lah.. baca al-Qur'an. Kalau setiap hari kita mampu meneliti bait2 ayat kat email, pastu buka paper, kekadang menela'ah buku atau majalah pulak, kenapa tidak kita kembali kepada buku yang kekasih kita, Rasulullah tinggalkan. Saya menyeru kepada diri saya, kawan2 semua, dan org2 Islam yang berada di mana-mana seluruh dunia, agar kembali kepada al-Qur'an, di samping as-Sunnah sebagai panduannya. Bergurulah, kalau kita tak reti, atau rasa diri masih kekurangan dlm ilmu agama (sdgkan kita mungkin professor dlm kerjaya duniawi).. ukuran tuhan bukan pangkat & harta, jawatan jauh sekali... siapalah Uwais al-Qarni kalau dia tidak bertaqwa.. sedangkan di dunia ini dia cuma pengembala, tetapi di sisi penghuni langit, dia amat "popular", doanya tiada hijab, naik ke langit tanpa halangan, kita bagaimana?!

Sedikit selingan lain.. Ummi/ibu saya seorang guru al-Qur'an sebenarnya. Mengekori Ummi mengajar menambah ilmu & pengalaman saya.. Ummi mengajar anak-anak kecil, semuda usia 4-5 tahun sehingga kepada kepada pegawai-pegawai kerajaan yang berpangkat besar, bergaji 5-6 angka. Siapalah Ummi di sisi masyarakat ketika beliau menjaga dan mendidik kami sehingga tidak keluar dari rumah beberapa tahun. Tapi, selangkah Ummi keluar untuk mencurah ilmu yang dipelajarinya bertahun-tahun, membawanya mengelilingi dunia.. disegani, disayangi.. siapa anak murid Ummi? Professor, doktor, dekan, ketua jabatan di sebuah IPTA, juga eksekutif, ketua-ketua bahagian, pengarah-pengarah urusan di pejabat2 kerajaan, bank2 dll.. (Ummi ngajar banyak tempat sgt... saya pun tak ingat sesetengah tu). Ummi pergi juga ke rumah makcik2 yang dah tak larat nak pergi belajar di surau atau masjid tempat Ummi mengajar. Ummi bukan pentingkan bayaran, Ummi tak pernah minta!

Kata Ummi, ingatlah selalu bahawa yang terbaik antara kita adalah yang belajar al-Qur'an dan mengajarnya (khaira 'indakum man ta'allamul Qur'an wa 'allamuh). Itu prinsip aulanya.

Kiranya kita rasa malu nak belajar di usia tua, kita silap. Siapa kita di sisi Allah kalau kita berjawatan tinggi tapi kitab-Nya tidak di hati. Dan kalaulah pula, kita pandai mengaji, tapi kitab-Nya utk simpan je kat library, itu lagi parah.. check semula iman masing- masing. Masih ramai lagi yang kita pandang tinggi selama ini, mereka pun masih ada kerendahan hati utk belajar dengan Ummi, apatah lagi kita.. rendahkan hati kita, tak payah malu2.. carilah guru (tapi bukan Ummi la.. ramai lagik.. sedih gak kekadang Ummi terlalu sibuk mendidik orang lain, kite balik rumah takleh nak sembang ngan mak sendiri.. walaupun selalu call, tak sama dengan duduk bersembang kan?)

Eh, panjangnya saya menulis :)

OKlah. Nanti kalau ada benda lain nak tulis, saya akan tulis lagi. Jangan boring baca.. kalaulah ada netters yang bosan ngan bebelan saya, rasa tak sesuai, ok kita bincang. Apa yang perlu saya tulis? Mcm mana penyampaian yang sepatutnya? Gaya bahasa? Maaf, saya bukan sasterawan.. saya cuma seorang yang memegang ijazah kejuruteraan perisian komputer, bukan sastera.

[Home] [Album] [Nasihat] [Guestbook] [Jernal] [Bizness] [Pautan]
 

“Sesiapa yang ingin meniru atau copy apa2 bahan dari website saya amatlah dialukan, tak perlu minta izin daripada saya semoga kita sama2 mendapat manfaat.” - Fauzynm